Dalam bahasa lain: Dansk Deutsch English Español Français Magyar Italiano 日本語 한국어 Nederlands Polski Português, Brasil Português Русский Svenska Türkçe Українська Tiếng Việt Nam 简体中文

Factorio:About/ms

From Official Factorio Wiki
< Factorio:About
Revision as of 12:55, 4 October 2017 by SNN95 (talk | contribs) (fix link)
Jump to navigation Jump to search

Factorio adalah permainan di mana anda membina dan menyelenggara kilang-kilang. Anda akan melombong sumber, menyelidiki teknologi, membina infrastruktur, mengautomasikan pengeluaran dan memerangi musuh.

Pada mulanya, anda akan mendapati diri anda menebang pokok, mengutip bijih perlombongan dan menggerakkan lengan mekanikal dan tali sawat dengan tangan, tetapi dalam masa yang singkat anda boleh menjadi sebuah kuasa besar industri, dengan lapangan suria yang besar, penapisan dan pemecahan minyak, pembuatan dan penempatan pembinaan dan logistik robot, semua untuk keperluan sumber anda. Walau bagaimanapun, eksploitasi berat sumber-sumber planet ini tidak disukai dengan penduduk asal, jadi anda perlu bersiap untuk mempertahankan diri dan kerajaan mesin anda.

Bergabung dengan pemain lain dalam kerjasama berbilang pemain, membuat kilang besar, bekerjasama dan mewakilkan tugas antara anda dan rakan anda.


Tambah mod untuk meningkatkan keseronokan anda, dari mod ubah suai dan bantuan kecil untuk melengkapkan pengubahsuaian penuh permainan, Sokongan modifikasi atas Factorio telah membolehkan pencipta kandungan dari seluruh dunia membuat reka bentuk yang menarik dan inovatif. Walaupun permainan teras adalah dalam bentuk senario main bebas (freeplay), terdapat pelbagai cabaran menarik dalam bentuk pek Scenario, tersedia sebagai DLC percuma. Sekiranya anda tidak menemui sebarang peta atau senario yang anda nikmati, anda boleh membuat sendiri dengan Penyuntingan Peta dalam permainan, meletakkan entiti, musuh, dan medan di mana-mana cara yang anda suka, dan tambahkan skrip tersuai anda sendiri untuk permainan yang menarik.

Pelan tindakan

Pelan tindakan adalah penerangan tentang matlamat masa depan untuk pembangunan Factorio. Seseorang boleh merujuknya untuk mengetahui apa yang dimajukan oleh pembangun Factorio untuk permainan.

Lihat di blog rasmi; Fakta Jumaat Factorio (FFFs) telah menjadi ciri mingguan dan menyediakan maklumat yang baik mengenai masa depan yang terdekat permainan ini.

Status

  • Definisi: Factorio adalah permainan kotak pasir fiksyen sains.
  • Tarikh pelepasan awam pertama: Pertengahan 2012

Sejarah

  • Februari 5, 2013: Kempen lampu hijau Steam
    • Dikeluarkan pada Akses Awal Steam pada 25 Februari 2016. Pemaju bertujuan untuk pembebasan penuh (iaitu 1.0) pada akhir 2016.

Apakah permainan yang diilhamkan oleh permainan ini?

  • Dwarf Fortress,
  • Permainan seperti Transport Tycoon, lebih-lebih lagi OpenTTD,
  • Minecraft (especially the BuildCraft mod)
  • Siri-siri Civilization
  • SpaceChem
  • Creeper World 3
  • Terraria
  • Starbound
  • Grobots
  • Rimworld
  • DayZ
  • FTL
  • Unclaimed World
  • Into Space (tidak lama kemudian menyatakan bahawa permainan ini akan merangkumi unsur-unsur dari permainan tersebut)
  • Dig-N-Rig

Lihat juga

Berjaya mengumpul €21,626, sejak bermula pada 31 Januari 2013, selesai pada 3 Mac 2013.